PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian merupakan suatu benda penting dalam kehidupan setiap manusia. Di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional yang melambangkan identiti bagi setiap kaum di negara ini.

1. MELAYU

Bagi masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional yang dipakai dari zaman dahulu sehingga zaman sekarang. Antara pakaian tradisional masyarakat Melayu yang terkenal ialah:
  • Baju Melayu
  • Baju Kurung Teluk Belanga
  • Baju Kurung Cekak Musang
  • Baju Kebaya
  (i) Baju Melayu

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu. Terdapat dua jenis baju Melayu iaitu Baju Kurung Teluk   
Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang... (Baca Selanjutnya)

  (ii) Baju Kurung Teluk Belanga


Baju Kurung Teluk Belanga boleh dipakai oleh kedua-dua kaum lelaki dan perempuan. Ia juga dikenali  sebagai baju kurung atau baju kurung Johor...(Baca Selanjutnya)

(iii) Baju Kurung Cekak Musang

Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dengan Baju Kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian leher.  Bezanya adalah leher pada Baju Kurung Cekak Musang ada kolar...(Baca Selanjutnya)


(iv) Baju Kebaya




Baju kebaya merupakan pakaian wanita Melayu. Perkataan 'kebaya' berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Baju Kebaya ini juga bukan sahaja dipakai oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba)...(Baca Selanjutnya)




2. CINA


Bagi masyarakat Cina di Malaysia pula, terdapat dua jenis pakaian tradisional yang terkenal iaitu:
  • Cheong Sam
  • Samfoo

(i) Cheong Sam


Cheong Sam dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Cheong Sam biasanya dipakai semasa upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina...(Baca Selanjutnya)


(ii) Samfoo


Dalam dialek Kantonis, Samfoo bermaksud 'baju dan seluar'. Samfoo merupakan pakaian harian wanita berketurunan Cina selain daripada Cheong Sam. Samfoo juga dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi sedikit berbeza dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina...(Baca Selanjutnya)


3. INDIA

Pakaian tradisional masyarakat India di Malaysia pula termasuklah:
  • Sari
  • Dhoti

(i) Sari



Sari merupakan pakaian tradisional masyarakat India yang dipakai oleh kaum perempuan. Sari juga merupakan pakaian seharian yang turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari yang jarang dan lembut dipakai dengan melilitnya di pinggang dan diselempangkan di bahu kiri...(Baca Selanjutnya)



(ii) Dhoti






Dhoti merupakan pakaian tradisional kaum lelaki India. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kebanyakan dhoti pada hari ini hanya dapat dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana kurang diminati oleh kaum muda.